Sunday, February 7, 2010

I call them FRIENDS.



Saya masih belum buat keputusan untuk attend to qiss's wedding @ KL or not.

Sha : Can?
BFF : Sure.
So dengan nekad dan semangat(hinshh..hinshh) saya pun pertama kalinya drive ke KL seorg diri. Saya keluar rumah dalam 430pm dan dengan pecutan yang bergaya 130km saya sampai di Tasik Height pukul 715pm.
Ye.
Saya xtere macam org KL itu yang drive cume 2jam. Tapi saye senyum lebar kerana berjaya memecut.

Malam itu saya dan BFF ke maeps. BFF saya mmg sedikit sasau tapi saya layankan saje kerana hanya dia talian hayat saya. Kami tiba dan duduk semeja dengan Dayah, Suri, Muja dan sorg budak Maherians - i guess. 

Qiss sangat cantek. Izudin too.

Semuanya baik till saya jumpa Qiss untuk bersalaman with new bride. Then that time, ble we hug, dada saya sesak. hati saya sebak. Saya sgt sayu. Saya ingin nangis tapi Qiss kate:

Jgn nanges. Nanti aku pn nanges.

Kami hug lagi dan BFF took our pics. Saya menuju ke kereta di parking lot. Sangat sebak dan air mata turun. 
Ye. Qistina sangat special dalam hidup saya. Kawan rapat saya. Pendengar cerita hati saya. Peneman tidur saya. Thank god dia sudah bertemu a great guy.



Malam itu, saya overnite di Tasik Heights. Ini kali pertama saya parking di kawasan apartmen yang berpenduduk padat. Iskh. Parking penuh. Seorang teman msg:

Sha. Kalau park jgn tarik handbreak.

Ouh. Pening.
Akhirnya setelah pusing 3 kali, saya berjaya dapat parking di tempat yg strategik. Dapat lagi tarik handbreak haha.

Esok pagi saya siap-siap untuk pulang ke Taiping. 
Dan saya sempat ziarah roomate lama sambil makan nasi lemak di rumahnya.
Dan kemudian saya ke Wangsa Maju. Lunch dengan Pk Su, Ck Su, Akid dan Akmal di Leha Kelfood.

Dan drive pulang.

Ye penat.
Tapi berbaloi amat.
Thanks BFF. I owe u again dear~


Friday, February 5, 2010

Exhausted.


Ye.
Sangat-sangat penat.
Minggu ini adalah minggu sukan sekolah.
Dan kemuncaknya adalah pada hari esok.
Dan esok saya akan penat lagi berlari-lari untuk snap gambar.

Pagi tadi saya hias Mojo.
Walaupun bodynye buruk (sbb xmandi lame dah) tapi bile hias sikit terus jadi cantek :p
Ye.
Saya hias reben biru sempena semangat rumah sukan biru untuk jadi johan sukan tahun ini.
Bak kata kawan saya - cikgu over! haha.
Bak kata ustaz - kete neh hadiah cabutan bertuah? (what?)

Hope for the best.
Moga biru jadi champion!!

Monday, February 1, 2010

So, Happy Birthday.

Sudah lame tak berblog.
I mean..berblog pada blog sendiri.
Disebabkan jawatan sebagai pemblog sekolah merangkap admin utk web dan s/u pmr, maka blog saye sendiri amat diabaikan.

Ye.
Saya hidup dengan bahagia sekali.
Walaupun banyak kerja tambah pula dengan hati yang panas membara selepas abes mengajar, i've managed it very well so far.

Last weekend berhajat ke Ipoh.
I'm sorry Irman. Couldnt make it this time.
I know. I know. My bad. Next time cikgu belanje iye?

Bestfriend saya turun ke Taiping sambil bawa batalion.
Dan bawa lens baru saya yang tidak seberapa.
Kami pusing-pusing di Parit Buntar - walaupun saya kurang ngerti apekah motif perjalanan tersebut.
At last, kami singgah di tempat yang cantek.


Kami snap-snap dan posing.
Dan orang-orang KL itu pun mula bawa diri pulang ke tempat asal mereka.

Saya pecut ke Taiping Sentral.
Sengal juga sebab tak fikir bahawa ini adalah weekend.
Dan weekend mesti crowded.
No parking space. Exactly.
Rasa lapar mengatasi segalanya.

Ayam Kenny Rogers owhhhhh...



30th Jan - happy birthday bestfriend.
Saye pn nk bagi kamu mandi telur.
Atau tepung.
So which one u prefer?

Thursday, December 10, 2009

Obesiti

Pak Su dari Wangsa Maju datang bermalam di rumah kami.

Pak Su:  Bagi makan?
Sha: Ha'ah
Pak Su: Obesiti dah kucing tuh
Sha: silent

Kucing pon boleh obesiti ye?
Garu kepala
Xpe.  Gen kena diet. 



Jgn tertipo dia neh. Muka buruk asyik bergaduh di malam hari. Gemok. 

Wednesday, December 9, 2009

Tunggu

Dari dulu sampai sekarang dan juga di masa depan, saya akan selalu alami keadaan 'tunggu'.
And all of you out there pun sama. Mustahil kamu semua tak pernah tunggu atau menunggu.

Setelah penat menunggu, kita akan dapat jawapan/hasil. Kita :D jika hasilnya memberi kebaikan bagi pihak kita. Dan kita :(( jika sebaliknya. Sebab kita tunggu sambil mengharapkan balasan. Balasan yang mana kita anggap akan memberi kebaikan kepada kita. Tapi jika hasilnya keburukan, maka kita anggap sebagai dugaan.  

Masa kecil saya tunggu bas sekolah.
Saya tunggu turn beli air kelapa yang sedap amat depan USM.
Saya tunggu keputusan  ke sekolah menengah yang bagus.

Saya tunggu lagi.
Tunggu cikgu Pendidikan Seni memaafkan saya sebab tak siapkan homework.
Tunggu hujan batu turun sekali lagi.
Tunggu abah ambil di MRSM kerana kaki saya terseliuh gara-gara bermalam di rumah Aisha.
Tunggu  kawan-kawan shopping sebabkan kami ditahan outing.

Dan sampai sekarang begitu banyak tunggu.
Kadang-kadang letih lalu give-up. Malas nak tunggu lagi. Tunggu itu sabar. Sabar itu separuh iman. Itu pun dalam tunggu kita dah buat kebajikan.


Jadi apa salahnya bertahan dan tunggu sedikit lagi.

Monday, December 7, 2009

Tahlil 40 Hari

Kami adakan tahlil sempena 40 hari kematian abah. Sedar atau tak, dah 40 hari arwah abah tinggalkan kami. Tinggalkan rumah. Tinggalkan kami memori yang amat istimewa.

Kami adakan bacaan Yasin pada sebelah petang. Terharu - walaupun tidak sampai setahun tinggal di kawasan perumahan ini, jiran-jiran amat friendly dan sangat mengambil berat.



Sebelah malam, kami adakan tahlil.



Rumah kami sedikit kosong. Sedikit sepi sekarang. Dan saya tak pasti bagaimana ma dan adik2 dapat bertahan di masa akan datang tanpa kehadiran arwah abah. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman.

 

Sunday, December 6, 2009

Runtuh?

Petang tadi adik saya dapat msg from her friend yang mengatakan KB Mall telah runtuh dan kami sekeluarga bimbang dan tertanya-tanya tentang rumors tersebut. Lagi pun kami dah lama menetap di Kota Bharu so that we have so many friends there yang kami sayang dan ambil berat. Saya msg Wan - si photographer dan Balqis - si kawan baik. Alkisahnya, cuma kereta jatuh dari roof top car park dan terjun ke bawah. Unfortunately, ade nyawa yang hilang.


KB Mall bagi saya antara tempat yang bagus untuk hang out. Berbanding Billion yang sempit dan user-unfriendly, KB Mall lebih lengang dan luas. Comfortable. 



note: picture courtesy of rotikaya.com

 Peringatan untuk diri sendiri juga supaya drive dengan mata dan otak.