Thursday, December 10, 2009

Obesiti

Pak Su dari Wangsa Maju datang bermalam di rumah kami.

Pak Su:  Bagi makan?
Sha: Ha'ah
Pak Su: Obesiti dah kucing tuh
Sha: silent

Kucing pon boleh obesiti ye?
Garu kepala
Xpe.  Gen kena diet. 



Jgn tertipo dia neh. Muka buruk asyik bergaduh di malam hari. Gemok. 

Wednesday, December 9, 2009

Tunggu

Dari dulu sampai sekarang dan juga di masa depan, saya akan selalu alami keadaan 'tunggu'.
And all of you out there pun sama. Mustahil kamu semua tak pernah tunggu atau menunggu.

Setelah penat menunggu, kita akan dapat jawapan/hasil. Kita :D jika hasilnya memberi kebaikan bagi pihak kita. Dan kita :(( jika sebaliknya. Sebab kita tunggu sambil mengharapkan balasan. Balasan yang mana kita anggap akan memberi kebaikan kepada kita. Tapi jika hasilnya keburukan, maka kita anggap sebagai dugaan.  

Masa kecil saya tunggu bas sekolah.
Saya tunggu turn beli air kelapa yang sedap amat depan USM.
Saya tunggu keputusan  ke sekolah menengah yang bagus.

Saya tunggu lagi.
Tunggu cikgu Pendidikan Seni memaafkan saya sebab tak siapkan homework.
Tunggu hujan batu turun sekali lagi.
Tunggu abah ambil di MRSM kerana kaki saya terseliuh gara-gara bermalam di rumah Aisha.
Tunggu  kawan-kawan shopping sebabkan kami ditahan outing.

Dan sampai sekarang begitu banyak tunggu.
Kadang-kadang letih lalu give-up. Malas nak tunggu lagi. Tunggu itu sabar. Sabar itu separuh iman. Itu pun dalam tunggu kita dah buat kebajikan.


Jadi apa salahnya bertahan dan tunggu sedikit lagi.

Monday, December 7, 2009

Tahlil 40 Hari

Kami adakan tahlil sempena 40 hari kematian abah. Sedar atau tak, dah 40 hari arwah abah tinggalkan kami. Tinggalkan rumah. Tinggalkan kami memori yang amat istimewa.

Kami adakan bacaan Yasin pada sebelah petang. Terharu - walaupun tidak sampai setahun tinggal di kawasan perumahan ini, jiran-jiran amat friendly dan sangat mengambil berat.



Sebelah malam, kami adakan tahlil.



Rumah kami sedikit kosong. Sedikit sepi sekarang. Dan saya tak pasti bagaimana ma dan adik2 dapat bertahan di masa akan datang tanpa kehadiran arwah abah. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman.

 

Sunday, December 6, 2009

Runtuh?

Petang tadi adik saya dapat msg from her friend yang mengatakan KB Mall telah runtuh dan kami sekeluarga bimbang dan tertanya-tanya tentang rumors tersebut. Lagi pun kami dah lama menetap di Kota Bharu so that we have so many friends there yang kami sayang dan ambil berat. Saya msg Wan - si photographer dan Balqis - si kawan baik. Alkisahnya, cuma kereta jatuh dari roof top car park dan terjun ke bawah. Unfortunately, ade nyawa yang hilang.


KB Mall bagi saya antara tempat yang bagus untuk hang out. Berbanding Billion yang sempit dan user-unfriendly, KB Mall lebih lengang dan luas. Comfortable. 



note: picture courtesy of rotikaya.com

 Peringatan untuk diri sendiri juga supaya drive dengan mata dan otak.  

Majlis Menyambut Menantu

Untuk hari ni, kami sekeluarga berhimpun di rumah mak long. Dari pagi sampai ke malam untuk memeriahkan majlis menyambut menantu. Ada orang yang malas nak hadir ke majlis kenduri camni. Ada orang pula amat gemar hadir-sebab utama makan free. Tapi yang paling penting suasana di majlis kenduri bagi setiap keluarga adalah berbeza-beza. Dapat rasa setiap satu mmg bermakna. Dan the most important bagi saya, dapat senyum dari pagi sampai ke malam. Gambar sana sini dan gambar lagi. Seronok. 


mula-mula tukar hantaran (owh..org kedah bw hantaran belah perempuan pada majlis ni)

 

hantaran ada coklat

 

lagi bagus ada makanan sedap

 

yang ni ma buat pon sedap juga

 

encik dan puan pengantin

 

shya: haih

 

 kena ada cincin

 

interframe. hee~


sekarang pukul 2.05am dah. sila tido ye!!

Thursday, December 3, 2009

Another Tahlil.

Hari ni Khamis. Macam biasa kami sekeluarga adakan tahlil untuk arwah abah. Kebetulan hari ni ade pasar lambak near my house so saya ngan ma pegi jalan-jalan cari kain pelikat untuk didermakan kepada jemaah masjid yang akan bertadarus di rumah kami pada hari Isnin nanti. Sebab datang awal sangat, banyak gerai lom buke so my mom and i susah nak pilih. Last2, ma beli 12 kain pelikat dan 2 sejadah after dapat pujuk tokey gerai utk bg diskaun. Hurm..sbb xpenah beli kain pelikat so rase terkejut dan tak sangka yang kain pelikat pun leh capai rm20++ sehelai  T__________________T



 Variety.

Sampai umah kami siapkan 'onde-onde' untuk disedekahkan kepada jemaah masjid. Jangan tertipu dgn rupe dia. Walaupun nampak kecik lagi simple tapi berpeluh gak la nak siapkan.




Done. 
Rase - kurang gula melaka
Bentuk - bulat, leper, lonjong..seme ade :D
Puas ati ke? - sangat2..haha