Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Tahlil 40 Hari

Kami adakan tahlil sempena 40 hari kematian abah. Sedar atau tak, dah 40 hari arwah abah tinggalkan kami. Tinggalkan rumah. Tinggalkan kami memori yang amat istimewa.

Kami adakan bacaan Yasin pada sebelah petang. Terharu - walaupun tidak sampai setahun tinggal di kawasan perumahan ini, jiran-jiran amat friendly dan sangat mengambil berat.



Sebelah malam, kami adakan tahlil.



Rumah kami sedikit kosong. Sedikit sepi sekarang. Dan saya tak pasti bagaimana ma dan adik2 dapat bertahan di masa akan datang tanpa kehadiran arwah abah. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman.

 

Sunday, December 6, 2009

Majlis Menyambut Menantu

Untuk hari ni, kami sekeluarga berhimpun di rumah mak long. Dari pagi sampai ke malam untuk memeriahkan majlis menyambut menantu. Ada orang yang malas nak hadir ke majlis kenduri camni. Ada orang pula amat gemar hadir-sebab utama makan free. Tapi yang paling penting suasana di majlis kenduri bagi setiap keluarga adalah berbeza-beza. Dapat rasa setiap satu mmg bermakna. Dan the most important bagi saya, dapat senyum dari pagi sampai ke malam. Gambar sana sini dan gambar lagi. Seronok. 


mula-mula tukar hantaran (owh..org kedah bw hantaran belah perempuan pada majlis ni)

 

hantaran ada coklat

 

lagi bagus ada makanan sedap

 

yang ni ma buat pon sedap juga

 

encik dan puan pengantin

 

shya: haih

 

 kena ada cincin

 

interframe. hee~


sekarang pukul 2.05am dah. sila tido ye!!

Thursday, December 3, 2009

Another Tahlil.

Hari ni Khamis. Macam biasa kami sekeluarga adakan tahlil untuk arwah abah. Kebetulan hari ni ade pasar lambak near my house so saya ngan ma pegi jalan-jalan cari kain pelikat untuk didermakan kepada jemaah masjid yang akan bertadarus di rumah kami pada hari Isnin nanti. Sebab datang awal sangat, banyak gerai lom buke so my mom and i susah nak pilih. Last2, ma beli 12 kain pelikat dan 2 sejadah after dapat pujuk tokey gerai utk bg diskaun. Hurm..sbb xpenah beli kain pelikat so rase terkejut dan tak sangka yang kain pelikat pun leh capai rm20++ sehelai  T__________________T



 Variety.

Sampai umah kami siapkan 'onde-onde' untuk disedekahkan kepada jemaah masjid. Jangan tertipu dgn rupe dia. Walaupun nampak kecik lagi simple tapi berpeluh gak la nak siapkan.




Done. 
Rase - kurang gula melaka
Bentuk - bulat, leper, lonjong..seme ade :D
Puas ati ke? - sangat2..haha