Saturday, November 21, 2009

Annual Dinner.


Pada 20.11.2009, SMK Tat Beng telah menganjurkan Jamuan Makan Malam bagi guru dan staf sekolah bertempat di Taiping Golf Resort, Kamunting. Majlis turut diadakan bagi meraikan persaraan guru SMK Tat Beng. 

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum Pengetua dan Pengerusi BAKGUS memberikan ucapan. Yang paling dinantikan oleh semua orang adalah apabila tibanya acara cabutan bertuah. Hadiah memang menggegar jiwa. Dan akhirnya, semua orang dijemput untuk menikmati makanan yang sememangnya sangat sedap. Antara menu yang sempat dihafal adalah seperti crab soup, mexican rice, roasted chicken with special sauce, fruit salad etc. 

Majlis bermula pada pukul 830 dan berakhir sekitar 11 malam.


 Menunggu ketibaan para guru 


Ambil 2 nombor tapi tetap tak bertuah :((



Puas hati makanan memang marvellous



Ahli Jawatankuasa Jamuan



Cenderahati untuk guru dan staf



Kami as a photographer for the event



Gambar lagi 



Dan lagi






Friday, November 20, 2009

Transfer.

Kawan baik saya, Rohana telah pun mendapat keputusan daripada pihak KPM untuk bertukar ke Sabah.
Dan tahun depan, meja di hadapan saya akan kosong..haih.


Thursday, November 19, 2009

Jamuan Lagi

Banyak kelas adakan jamuan akhir tahun pada minggu ini.
Kebanyakan guru memang save-duit sebab dijemput makan di kelas yang mereka mengajar.
Oleh sebab sekarang musim buah, maka kebanyakan pelajar membawa buah-buahan dari rumah untuk dijamu kepada para guru.

Saya bertuah sebab dapat makan buah yang sangat diidamkan. Di Kelantan, musim buah pada bulan 8 yang lepas amat mengecewakan. Jadi peluang untuk menikmati buah di sekolah memang amat ditunggu-tunggu. Even durian pun turut dihidangkan.

Saya cuma sempat menghadiri jamuan 502, 102, 204 dan 401 & 402. Jamuan kelas 103 dan 202 tidak dapat dihadiri memandangkan jadual memang padat. Anyway, Naeim dari 103 tetap hantar sepinggan mee dan kek untuk saya. Memang terharu.


Guru-guru di kelas 102



Bersama-sama pelajar perempuan 401 & 402


Oleh kerana pelajar telah pun menjalani ujian akhir tahun, maka kebanyakan daripada mereka membawa 'permainan' ke sekolah untuk mengisi masa lapang. Saya turut bermain Scrabble bersama-sama pelajar 202 & 203. Oleh kerana kami amat bagus(hehe), maka tiada peraturan dikenakan.



Alief: Cikgu fokus sangat




Walaupun dapat no. 2 tetap nak bangga jugak!




Wednesday, November 18, 2009

Jamuan Akhir Tahun 104

104 adalah anak-anak saya.
I have been taking care of them since March 09.
So now, kami perlu berpisah dan all of them mungkin takkan jadi classmate lagi untuk tahun depan. 

Setelah bincang dan bincang, kami sediakan meehon singapura, laksa, karipap serta pulut udang. As a side dishes pula kami hidang agar-agar, fun fries dan honeydew sebagai dessert. Saya sendiri telah sediakan trifle, sandwich dan fruit salad.

Walaupun pada mulanya ramai yang membantah untuk menjadikan meehon singapura sebagai main menu, tapi akhirnya meehon tersebut habis juga (sebab semua memang pelahap). Kami juga turut menjemput guru-guru dan Pengetua.


Owh. Saya memang x sempat nak snap gambar makanan sebab anak-anak memang laju habiskan.