Thursday, November 19, 2009

Jamuan Lagi

Banyak kelas adakan jamuan akhir tahun pada minggu ini.
Kebanyakan guru memang save-duit sebab dijemput makan di kelas yang mereka mengajar.
Oleh sebab sekarang musim buah, maka kebanyakan pelajar membawa buah-buahan dari rumah untuk dijamu kepada para guru.

Saya bertuah sebab dapat makan buah yang sangat diidamkan. Di Kelantan, musim buah pada bulan 8 yang lepas amat mengecewakan. Jadi peluang untuk menikmati buah di sekolah memang amat ditunggu-tunggu. Even durian pun turut dihidangkan.

Saya cuma sempat menghadiri jamuan 502, 102, 204 dan 401 & 402. Jamuan kelas 103 dan 202 tidak dapat dihadiri memandangkan jadual memang padat. Anyway, Naeim dari 103 tetap hantar sepinggan mee dan kek untuk saya. Memang terharu.


Guru-guru di kelas 102



Bersama-sama pelajar perempuan 401 & 402


Oleh kerana pelajar telah pun menjalani ujian akhir tahun, maka kebanyakan daripada mereka membawa 'permainan' ke sekolah untuk mengisi masa lapang. Saya turut bermain Scrabble bersama-sama pelajar 202 & 203. Oleh kerana kami amat bagus(hehe), maka tiada peraturan dikenakan.



Alief: Cikgu fokus sangat




Walaupun dapat no. 2 tetap nak bangga jugak!




No comments:

Post a Comment